Sui iuris

Sui iuris atau sui juris ialah istilah bahasa Latin yang harfiahnya bermaksud "atas kuasa sendiri",[1][2] Frasa ini digunakan dalam undang-undang mahupun hukum kanon oleh Gereja Katolik.Istilah "Gereja sui iuris" digunakan oleh Gereja Katolik dalam Kitab Kanon Gereja-Gereja Timur (Latin: Codex Canonum Ecclesiarum Orientalium, disingkat CCEO) sebagai sebutan bagi gereja dan upacara liturgi Katolik dalam lingkup persekutuan Gereja Katolik:Gereja sui iuris ialah "komuniti Kristian, yang disatukan oleh hierarki menurut norma undang-undang, dan yang diakui secara terbuka atau tertutup" sui iuris "oleh pihak berkuasa tertinggi Gereja" (CCEO.27). "Sui iuris" adalah istilah baru dalam CCEO, dan digunakan sebagai istilah untuk status autonomi relatif yang dipegang oleh Gereja-gereja Katolik Timur. Istilah undang-undang kanon, yang sarat dengan pelbagai nuansa yuridis, menunjukkan misi yang Tuhan telah berikan kepada Gereja-gereja Katolik Timur untuk memelihara warisan mereka. Status autonomi Gereja-gereja ini relatif dalam atunduk pada kuasa tertinggi Paus.